Info Kesihatan Makanan Tinggi Garam

Apabila anda mengelak daripada mengambil makanan tinggi garam, anda secara tidak langsung membantu diri anda daripada terkena beberapa komplikasi penyakit seperti strok, kegagalan hati dan buah pinggang atau penglihatan yang terjejas.

Elakkan makanan tinggi kandungan garam demi kesihatan diri anda sendiri.

Kes Kematian Baharu Covid 19 Di Malaysia 11 Julai 2020

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 1 kes kematian berkaitan COVID-19. Jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 122 kes bersamaan 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kes kematian ke-122 (kes ke-8702) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai
penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 10 Julai 2020 jam 5.49 petang.

Status Terkini Covid 19 11 Julai 2020

Terkini #covid19malaysia, 11 Julai
Kes sembuh= 4
Jumlah kes sembuh= 8,515
Kes positif= 8 kes
(kes import= 4, kes tempatan= 4)
Jumlah positif= 8,704 kes
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian= 122 kes
Kes dirawat di ICU= 3
Bantuan Alat Pernafasan= 2

#KawalanKendiri
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome

Pecahan Kes Baharu Covid19 11 Julai 2020

PERINCIAN KES TEMPATAN (4 KES)

SELANGOR (2)
- 2 kes saringan diDTI Sepang, di mana kedua-dua kes ini disaring semula sebelum proses penghantaran pulang ke negara asal.

SARAWAK (1)
- 1 kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Kes ini juga merupakan kes kematian ke-122 yang dilaporkan hari ini.

SABAH (1)
- 1 kes saringan bagi kes yang dirujuk ke hospital. 

Pecahan Kes Baharu Covid19 10 Julai 2020

PERINCIAN KES JANGKITAN TEMPATAN (5 KES)

Daripada 13 kes baharu, 5 adalah kes tempatan manakala baki 8 adalah kes import.

KUALA LUMPUR (3)
-1 kes saringan sebelum masuk kerja.
-2 kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

SARAWAK (2)
-2 kes SARI yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.