TAMAN REKREASI PAYA BAKAU KAMPUNG SIJANGKANG

 

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang terletak di Telok Panglima Garang di dalam Kampung Sijangkang. Taman rekreasi unik ini dibangunkan secara keseluruhannya oleh penduduk kampung ini sendiri iaitu dari tenaga manusia, tabung dana dan kutipan derma orang kampung. Semuanya atas kesedaran untuk memajukan eko-pelancongan di kampung mereka sekali gus dapat menjana ekonomi bersama. Taman rekreasi ini yang masih dalam fasa pembangunan ini dilengkapi dengan titian kayu sejauh lebih kurang 400 meter dengan beberapa rumah rehat atau wakaf terbina. Ia turut memiliki ban lama yang bakal dibangunkan sebagai salah satu lokasi aktiviti sukan lasak, medan ilmu dan sudut ngobrol, kawasan pembiakan lebah kelulut, bot penambang, surau dan banyak lagi. Malah aktiviti dari riadah seisi keluarga sampailah perkhemahan dan kem bina diri pun sesuai juga.

 

Alamat : Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.

Waktu Operasi : (Setiap hari 9.00am-6.00pm)

Caj dikenakan : RM2.00 (Dewasa) 

                         :  RM1.00 (Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun)

 

fb_img_1551230625365.jpg

trail_laluan.jpg

20180210_071805.jpg            

 

 

NOOR HOMESTAY KG TELOK PANGLIMA GARANG

 

Noor Homestay menyediakan homestay bersuasana kampung, jauh dari kesibukkan kota dengan konsep hiasan dalaman seperti penginapan di hotel. Terletak di Bt 9 Kampung Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat Selangor. Jika anda mencari-cari tempat penginapan untuk menghadiri program/kursus ketika bekerja, majlis perkahwinan atau aktiviti bersama keluarga, homestay kami adalah yang sesuai, lengkap dan selesa didiami. 

Kemudahan yang ada di Homestay Noor

2 unit Homestay disediakan untuk yang datang beramai-ramai. 
Ruang parking yang luas (memuatkan sehingga 7-10 buah kereta).

Kelengakapan dan kemudahan seunit homestay:-

  1. 3 Bilik tidur2 bilik air/tandas
    • Bilik 1: Katil Queen, penghawa dingin, meja ofis, bilik air
    • Bilik 2: 2 katil super single, penghawa dingin, bilik air
    • Bilik 3: 2 katil super single, penghawa dingin
  2. Ruang tamu (penghawa dingin, kipas siling, TV dilengkapi package NJOI,)
  3. Ruang dapur(set meja makan, dapur masak, kettle, peti sejuk comel,pinggan mangkuk, gula, teh, kopi).
  4. Anjung yang luas.
  5. Dapat makan rambutan free sekiranya anda berkunjung ketika musim rambutan. 

IMG 4658 1

IMG 4632

IMG 4673

KADAR SEWAAN HOMESTAY NOOR

  • 1 Bilik - RM150 / malam (2-3 dewasa)
  • 2 Bilik - RM250 / malam (4-6 dewasa)
  • 3 Bilik - RM350 / malam (6-10 dewasa)