SEJARAH
Berdasarkan cerita daripada Ketua Kg. Telok Panglima Garang iaitu En. Abu Hassan Bin Lebam, beliau menceritakan cerita yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968-1994) pada 15 Mei 1996 menyatakan bahawa nama asal Kg. Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di Telok Sungai yang mana di diami oleh kaum orang asli. Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh. Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil. Sewaktu itu, terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata “jaga baik-baik di Telok ada Panglima Garang” sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang. Begitulah asal usul nama Kg. Telok Panglima Garang manakala lambang harimau di ambil atas keberanian dan sifat pedagang Aceh.
- JKKk
Ahli Parlimen : Parlimen Kuala Langat (P112)
Y.B Dr Xavier Jayakumar
Adun kawasan : Kawasan ADUN N51 Sijangkang
Y.B Dr. Ahamad Yunus Bin Haji Hairi
Pegawai Daerah : Daerah Kuala Langat
Tuan Rosli Bin Othman
Penghulu / Pengawai : Mukim Telok Panglima Garang
Tuan Haji Mat Isa Bin Harun
Ketua Kampung : Kg. Telok Panglima Garang
En. Abu Hassan Bin Lebam
JKKK KG. TELOK PANGLIMA GARANG
Ketua kampung / pengerusi : En. Abu Hassan Bin Lebam
Setiausaha : En. Roslini Bin Mohd Noor
Bendahari : En. Shamsul Yuzli bin Zakaria
Pengerusi Biro Keselamatan : En. Ibrahim bin Mat Isa
Pengerusi Biro Agama & Kebajikan : En. Shamsuddin bin Jaafar
Pengerusi Biro Pendidikan &
Pembangunan Sumber Manusia : En. Hassan bin Sungip
Pengerusi Biro Sosial & Kebudayaan : En. Munusami A/L Erishin
Pengerusi Biro Ekonomi : En. Misri Bin Ali
Pengerusi Biro Belia, Sukan & Rekreasi : En. Jamalul Azam bin Mansor
Pengerusi Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi ICT : En. Manimaran A/L Palaraman
Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita : Pn. Norlin Binti Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa : En. Gan Seong Guan
Pn. Noraizah Binti Abdul Hamid
En. Chan Kok Wah
En. Abdul Manap Bin Rahim