KG. TELOK PANGLIMA GARANG

  1. Maklumat Am

Kg. Telok Panglima Garang terletak di Mukim Telok Panglima Garang, DUN Sjangkang, Parlimen Kuala Langat di daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Lokasi geografikal pula terletak di 2°55’ 0” Utara 101°28’0” Timur. Ia terletak di tengah-tengah perjalan dari jalan Klang ke Banting.Kg. Telok Paglima Garang ini berkeluasan 5, 265.1 ekar. Penduduk Kg. Telok Panglima Garang sebanyak 14,408 orang iaitu 7,924 lelaki dan 6,484 perempuan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mana majoritinya adalah orang Melayu iaitu 74.86%, manakala Orang Cina 12.27% dan Orang India hanya 9.94% serta 2.93% adalah kaum lain iaitu kaum bumiputera Sabah, Sarawak, Pakistan dan Bangladesh yang berhijrah ke situ. Perkerjaan penduduk majoritinya ialah perkerja swasta sebanyak 55% iaitu pekerja kilang memandangkan kawasan ini berhampiran dengan zon perindustrian bebas.Selebihnya penduduk yang bekerja kerajaan sebanyak 15%, petani 15% nelayan 5%, buruh 5% dan badan berkanun 5%.

                                                             

peta

 

Peta Mukim di Daerah Kuala Langat                                        

Peta di atas sebelah kanan menunjukkan kedudukan daerah Kuala Langat di Negeri Selangor berwarna Merah Jambu manakala peta di sebelah kiri menunjukkan peta mukim di Daerah Kuala Langat yang mana ianya terdiri daripada 6 mukim iaitu mukim Bandar / Jugra, Mukim Telok panglima Garang, Mukim Batu, Mukim Morib / Kelanang, Mukim Tanjung Dua Belas.

 

 

 

kawasan tpg

Peta kawasan Telok Panglima Garang

Peta di atas menunjukkan peta kawasan Telok Panglima Garang yang mana Kg. Telok Panglima Garang berada di dalam kawasan tersebut.

Kg. Telok Panglima Garang mempunyai 9 buah Taman Perumahan yang terdiri daripada:

  1. Taman Panglima
  2. Taman Dato’ Hormat
  3. Taman Telok
  4. Taman Jaya Utama
  5. Taman Halijahton
  6. Taman Indah Jaya
  7. Taman Perkasa
  8. Taman Pertiwi
  9. Taman Aman

Ahli Parlimen di Kg. Telok Panglima Garang ialah Yang Berbahagia Dr. Ahmad Yunus Bin Haji Hairi manakala ADUN kawasan ialah Yang Berbahagia Dr. Ahmad Yunus Bin Haji Hairi.