Makluman penduduk Taman Langat Murni Taman Langat Utama

Makluman penduduk Taman Langat Murni/ Taman Langat Utama

Hanya penduduk di dalam kawasan seperti diatas WAJIB menjalani saringan COVID-19. Bagi yang belum membuat saringan, sesi saringan akan diteruskan pada hari esok 03/06/2020 (Rabu) hingga 05/06/2020 (Jumaat).

Satu aktiviti saringan COVID-19 akan diadakan di lokasi berikut:

1. Pangsapuri Langat Murni - di kawasan deretan kedai bersebelahan surau, 3 - 4 Jun 2020, 9.30 pagi hingga 1 tengahari & 2.30 hingga 4.30 ptg

2. Taman Langat Murni - di padang permainan Jalan Murni 6/10, 3 -4 Jun 2020, 9.30 pagi hingga 1 tengahari & 2.30 hingga 4.30 ptg

3. Pangsapuri Langat Utama - bersebelahan dengan bangunan Trans Air , 3 - 4 Jun 2020, 9.30 pagi hingga 1 tengahari

Semua penduduk warga negara dan juga bukan warga negara adalah diminta untuk hadir bagi menjalankan saringan COVID-19 ini.

Pastikan semua penduduk (termasuk kanak-kanak) yang akan hadir untuk memakai topeng muka dan pastikan jarak sosial di antara individu.

Bagi golongan warga emas, wanita mengandung dan mempunyai bayi/kanak-kanak akan diberi keutamaan. Mohon kategori ini untuk hadir awal.

Sila bawa bersama kad pengenalan / MyKid / pasport semasa menghadiri aktiviti saringan ini.

Bagi pusat saringan Pangsapuri Langat Murni, mohon penduduk yang telah diberikan borang makmal COVID-19 pada 2/6/2020, sila hadir pada jam 9.30 - 10.30 pagi bersama borang yang telah diberikan. Bagi penduduk yang belum hadir pada 2/6/2020, sila hadir selepas jam 10.30 pagi

Mohon kerjasama daripada semua penduduk.

Sekian terima kasih.
Sumber : Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat