Tarikh | : 9 Ogos 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PI Kg Orang Asli Sg Judah |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet dan Sk Sg Judah untuk membantu peserta daripada program Kelab Orang Asli dan Pribumi (KEDAP). PI1M sebagai orang tengah untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dilaksanakan mengikut perancangan. Aktivit yang dijalan kepada peserta adalah pengenalan tentang komputer dan internet. Petugas pusat internet akan memberikan penjelasan tentang etika ICT dan perkakasan komputer. |
|
Tarikh | : 1 Ogos 2018 |
Masa | : 9.30 pagi - 10.30 pagi |
Lokasi | : PI Telok Panglima Garang |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan Peserta diajar untuk menggunakan aplikasi abcya.com untuk memadan dan mewarna. Petugas telah memberikan tugasan ringkas untuk peserta melengkapkannya. Sebelum itu, petugas telah memberi penjelasan mengenai bentuk, warna dan tugasan yang akan dibuat oleh peserta. Objektif dari aktiviti ini, peserta dapat mengenal warna dan bentuk. Ia juga sebagai latihan menggunakan tetikus agar peserta lebih mahir menggunakannya. |
|
Tarikh | : 12 Julai 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PI Kg Orang Asli Sg Judah |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan | |
Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet dan Sk Sg Judah untuk membantu peserta daripada program Kelab Orang Asli dan Pribumi (KEDAP). PI1M sebagai orang tengah untuk memastikan aktiviti yang dijalankan dilaksanakan mengikut perancangan. Aktivit yang dijalan kepada peserta adalah pengenalan tentang komputer dan internet. Petugas pusat internet akan memberikan penjelasan tentang etika ICT dan perkakasan komputer. |
Tarikh | : 16 Julai 2018 |
Masa | : 2.30 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : PI Telok Panglima Garang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan | |
Puan Sharina merupakan seorang guru tadika Pasti, beliau sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma di sebuah kolej swasta di Shah Alam. Beliau dikehendaki menyediakan thesis berkenaan topil yang telah diberikan. Beliau telah datang ke pusat internet untuk mencari maklumat dan mempelanari asas microsoft word. Petugas telah mengajar beliau megikut modul yang disediakan secara berperingkat Bermula dengan Fungsi-fungsi yang terdapat di microsoft office sehingga ke tahap yang lebih lanjut. Beliau menyiapkan tesis di Pusat Internet setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat.
|
Tarikh | : 19 Jun 2018 |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : PI1M Telok Panglima Garang |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan | |
Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas perlu menjalankan saringan kesihatan untuk bacaan gula dan tekanan darah. Petugas telah menjalankan saringan kepada 5 orang fasilator yang terdiri daripada pelajar Multimedia Universiti. Petugas memberikan penerangan dan memberikan templat tentang program kospen kepada peserta. |