BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nur Aniza Binti Mohd Liza
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Nur Aniza Binti Mohd Liza merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang ingin mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer dan ICT. Beliau telah mengikuti kelas asas Microsoft office (word, powerpoint dan excel) dan kelas asas media baru serta pembelajaran melalui online di Pusat Internet Telok Panglima Garang sejak dari bulan disember 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan pembelajaran, Nur Aniza tidak mahir menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan betul kerana mempunyai asas sahaja. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam asas media baru serta penggunaan pencarian di internet seperti gmail dan pengisian laman web permohonan UPUonline.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, Nur Aniza mahir dalam menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan mula mempelajari membuat surat rasmi di Microsoft word, membuat slide pembentangan sesuatu topik di Microsoft powerpoint dan membuat graf serta borang di Microsoft excel. Kemudian beralih kepada cara penggunaan di laman web untuk mengisi permohonan upuonline, memperbaiki cara menaip dengan aplikasi rapid typing dan menggunakan internet untuk membuat gmail serta canva.com. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas erezeki yang di anjurkan oleh PI Telok Panglima Garang. Melalui kelas erezeki, beliau mempelajari benda baru mengenai e-dagang dan e-kerajaan.

USAHAWAN KECIL MENJUAL NASI ARAB LUQMAN

Nama : Puan Syaza Syazwana Bte Nyaspan
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Syaza merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang makanan dan minuman berasaskan negara arab (timur tengah) iaitu nasi arab. Permulaan beliau menceburkan diri dengan menjual dan mempromosikan makanan nasi arab ke kenalan terdekat dan ahli keluarga. Kini beliau mempunyai kedai dan perniagaan sendiri yang diberi nama Nasi Arab Luqman di pekan Banting.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, sasaran pelanggan dan cara pemasaran yang dijalankan Puan Syaza ketika itu tidak begitu memberangsangkan dimana Puan Syaza tidak membuat kaji selidik tentang kadar hidangan makanan nasi arab berbeza di antara negara timur tengah dan asia. Selain itu, cara promosi dan hebahan menggunakan medium secara atas talian tidak menarik dari segi penulisan ayat, pengambilan gambar produk, pilihan menu yang sedikit ketika baru-baru menjalankan perniagaannya. Secara tidak langsung, jualan produk makanan dan perkhidmatan yang dijalankan agak perlahan. Pendapatan Puan Syaza pula bergantung kepada promosi dan tempahan kawasan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan aktiviti di PI, Puan Syaza mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Syaza juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan Syaza dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan Syaza kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar kerana promosi melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan Syaza akan menerima tempahan makanan dan tempat di kedainya serta perkhidmatan penghantaran makanan nasi arab melalui ejen juga semakin mendapat sambutan pada setiap bulan.

USAHAWAN MAKANAN

Nama :Azura Jamiran
Umur :40 tahun
Ahli :28/01/2018

Latar belakang

Puan Azura merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang makanan sejuk beku iaitu kuih muih seperti donut dan karipap. Permulaan beliau menceburkan diri dalam perniagaan ini setelah berhenti kerja dari bidang jurutera elektrik pada tahun 2015. Selepas itu, beliau menghadiri kelas bakeri masakan dan setelah beliau mahir dengan bidang tersebut, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan daripada kenalan dan di sekitar kawasan perumahan beliau. Dari masa ke semasa beliau menghadiri kelas bakeri masakan serta kursus keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran berniaga dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan PI, sasaran pelanggan Puan Azura hanya disekitar Telok Panglima Garang sahaja. Beliau tidak menjalankan promosi di atas talian, malah tidak pernah memuatnaik di media sosial. Beliau juga menjual kuih muih secara kecil – kecilan di tepi jalan berdekatan dengan rumahnya sahaja. Walaupun beliau mula menerima pelbagai tempahan seperti menyediakan kuih muih untuk kenduri atau majlis tetapi ianya hanya bermusim dan pendapatan tidak tetap kerana kurangnya promosi ke luar kawasan. Gambar produk dan maklumbalas pelanggan juga tidak dimuatnaik dan dikongsi kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas terlibat dengan aktiviti di PI, Puan Azura mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Azura juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan Azura dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan Azura juga telah mencuba memohon tube2.0 online dan atas rezeki usahanya beliau telah mendapat geran 15 ribu. Kini produk makanan sejuk bekunya telah mempunyai jenama “CHOMELLEGACY” dan lebih kepada produk karipap dan pau. Ianya juga boleh didapati dibeberapa rangkaian azzain, jazco speedmart, kedai2 runcit serta ejen-ejen.

CELIK IT

Nama :Juliana Tanjong
Umur :32 tahun
Ahli :23/09/2018

Latar belakang

Juliana Tanjong seorang surirumahtangga yang ingin mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer dan ICT. Beliau telah mengikuti kelas asas Microsoft office (word, powerpoint dan excel) dan kelas asas media baru serta pembelajaran melalui online di Pusat Internet Telok Panglima Garang sejak dari bulan Oktober 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada permulaan pembelajaran, beliau tidak mahir menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan betul. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam asas media baru serta penggunaan pencarian di internet seperti gmail dan pengisian laman web. Beliau hanya tahu meggunakan telefon pintar sahaja, akan tetapi di rumah terdapat komputer untuk anak-anak membuat kerja khusus.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, Juliana mahir dalam menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan mula mempelajari membuat surat rasmi, karangan ringkas, biodata di Microsoft word, membuat slide pembentangan sesuatu topik di Microsoft powerpoint dan membuat graf serta borang di Microsoft excel. Kemudian beralih kepada cara penggunaan di laman web untuk membuka akaun Gmail, memperbaiki cara menaip dengan aplikasi rapid typing dan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas erezeki yang di anjurkan oleh PI Telok Panglima Garang. Melalui kelas erezeki, beliau mempelajari benda baru mengenai e-dagang dan e-kerajaan.

USAHAWAN MAKANAN

Nama :Asfaliza Rojikin
Umur :47 tahun
Ahli :11/11/2017

Latar belakang

Puan As merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang makanan iaitu pencuci mulut seperti kek dan roti. Permulaan beliau menceburkan diri dalam perniagaan ini setelah berhenti kerja sebagai pegawai hartanah pada tahun 2005. Selepas itu, beliau menghadiri kelas masakan dan pengubahan kek dan setelah beliau mahir dengan bidang tersebut, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan di sekitar kawasan perumahan beliau. Dari masa ke semasa beliau menghadiri kelas masakan dan pembuatan roti untuk meningkatkan kemahiran dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan Pusat inetrnet,sasaran pelanggan Puan As hanya disekitar Jenjarom sahaja. Beliau tidak menjalankan promosi di atas talian, malah tidak pernah memuatnaik di media social. Beliau juga meletakkan produknya di kedai kek yang berhampiran di rumahnya sahaja. Walaupun beliau mula menerima pelbagai tempahan seperti menyediakan kek untuk cenderahati kenduri tetapi ianya hanya bermusim dan pendapatan tidak tetap kerana kurangnya promosi ke luar kawasan. Gambar produk dan maklumbalas pelanggan juga tidak dimuatnaik dan dikongsi kepada orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet Puan As mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan As juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan As dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan As kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar dan pelbagai jenis umur kerana beliau mempromosi kan melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan As akan menerima tempahan makanan serta perkhidmatan penghantaran kek dan roti melalui ejen juga semakin mendapat sambutan pada setiap bulan.