PERKHIDMATAN SALON RAMBUT DAN SPA MUSLIMAH
Nama | : Puan Latifah Bt Mahayuddin |
Umur | : 38 Tahun |
Ahli | :11 November 2017 |
Latar belakang
Puan Iefa merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang salon rambut dan spa kecantikan untuk muslimah yang dijalankan dirumah selama lebih kurang 2 tahun. Kini, beliau telah meluaskan perniagaannya dengan membuka salon rambut dan spa muslimah di kawasan kedai untuk lebih mesra pelanggan dan kawasan tumpuan ramai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, Puan Iefa lebih mempromosikan perkhidmatan salon rambut dan spa tersebut diantara kenalan terdekat dan kawasan sekitar. Selain itu, beliau tidak menggunakan medium secara atas talian dengan meluas ketika baru-baru menjalankan perniagaannya kerana lebih tertumpu mempromosikan dengan cara turut serta program-program di sekitar sahaja. Secara tidak langsung, jualan produk dan perkhidmatan yang dijalankan agak perlahan. Pendapatan Puan Iefa pula bergantung kepada promosi dan tempahan kawasan sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet, Puan Iefa mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Iefa juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan Iefa dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan Iefa kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar kerana promosi melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan Iefa akan menerima tempahan perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan spa serta rawatan kecantikan pada setiap bulan.
USAHAWAN HOME SPA
Nama | : Puan Mas Nor Syazwani bt Rathi |
Umur | : 38 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Mas merupakan usahawan wanita yang baru menceburkan diri dalam bidang urutan traditional,pengurusan wanita hamil dan pantang dan spa kecantikan yang dijalankan dirumah selama lebih kurang 1 tahun. Permulaan beliau menceburkan diri dengan menjadi ejen produk kecantikan dan kesihatan dibawah jenama Sri Sari Herbs. Belia juga merupakan ahli pembantu pantang yang berdaftar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dengan PI1M, Puan Mas lebih berniaga secara offline dan hanya mempromosikan produk tersebut diantara rakan-rakan terhampir. Selain itu, dia tidak menggunakan medium secara atas talian ketika baru-baru menjalankan perniagaannya. Secara tidak langsung, jualan produk dan perkhidmatan yang dijalankan agak perlahan. Pendapatan Puan Mas pula bergantung kepada promosi dan tempahan kawasan sekitar sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet, Puan Mas mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Mas juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti mini RTC dan petugas. Puan Mas kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar kerana promosi melalui atas talian yang dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Beliau juga terlibat dengan persatuan wanita yang dianjurkan oleh pemilik jenama produk tersebut dan bergerak secara berkumpulan untuk bahagian pemasaran seperti menyertai booth, seminar dan sebagainya. Kini hampir setiap hari Puan Mas akan menerima tempahan perkhidmatan spa di rumah dan penjagaan ibu berpantang dan hamil pada setiap bulan.
Nama | : Encik Kanakan |
Umur | : 68 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Encik Kanakan seorang pemandu lori dan mempunyai 5 orang anak. Beliau hadir dan mempelajari kelas asas komputer atas sebab ingin menjadi seorang bapa yang celik IT dan dapat membantu anak-anaknya dalam membuat tugasan kerja kursus dan pembelajaran yang memerlukan pelajar menggunakan komputer dan internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Encik Kanakan tiada asas dan tidak tahu langsung berkenaan penggunaan komputer. Dimana Encik Kanakan tidak mengetahui asas dan cara menggunakan komputer serta mencari maklumat, melayari internet dan lain-lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, Encik Kanakan sedikit mahir dalam menggunakan komputer dengan mula mempelajari asas komputer kemudian beralih ke internet sehingga boleh mencari maklumat di internet, memperbaiki cara menaip dan menggunakan tetikus, belajar melalui web e-pembelajaran berasaskan pendidikan dan mengetahui lebih mendalam mengenai perisian komputer dan aplikasinya seperti Microsoft Office ( Word, Powerpoint, Excel dan Publisher).
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Muhammad Fazrin Bin Muhammad Rosyid |
Umur | : 7 Tahun |
Ahli | : 30 Disember 2016 |
Latar belakang
Muhammad Fazrin Bin Muhammad Rosyid merupakan pelajar Tabika Perpaduan Telok Panglima Garang sesi 2016 dan 2017. Ketika itu beliau berumur 5 tahun (2016) dan 6 tahun (2017) telah mengikuti kelas asas komputer dan pembelajaran melalui online di Pusat Internet Telok Panglima Garang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada permulaan pembelajaran, adik Muhammad Fazrin tidak mempunyai asas dan tidak tahu langsung berkenaan penggunaan komputer. Dimana adik Muhammad Fazrin tidak mengetahui asas dan cara menggunakan komputer serta mencari maklumat, melayari internet dan lain-lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, adik Muhammad Fazrin sedikit mahir dalam menggunakan komputer dengan mula mempelajari asas komputer, cara menaip dan penggunaan tetikus kemudian beralih kepada cara membuka dan menutup komputer, memperbaiki cara menaip dan menggunakan tetikus, belajar melalui web e-pembelajaran berasaskan pendidikan dan mengetahui mengenai perisian komputer dan aplikasinya seperti Microsoft Office (Word dan Publisher).