BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Nur Najwa Nasuha Binti Mohamad |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Nur Najwa Nasuha Binti Mohamad merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 yang ingin mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer dan ICT. Beliau telah mengikuti kelas asas Microsoft office (word, powerpoint dan excel) dan kelas asas media baru serta pembelajaran melalui online di Pusat Internet Telok Panglima Garang sejak dari bulan disember 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaan pembelajaran, Nur Najwa tidak mahir menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan betul kerana mempunyai asas sahaja. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam asas media baru serta penggunaan pencarian di internet seperti gmail dan pengisian laman web permohonan upuonline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, Nur Najwa mahir dalam menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan mula mempelajari membuat surat rasmi di Microsoft word, membuat slide pembentangan sesuatu topik di Microsoft powerpoint dan membuat graf serta borang di Microsoft excel. Kemudian beralih kepada cara penggunaan di laman web untuk mengisi permohonan upuonline, memperbaiki cara menaip dengan aplikasi rapid typing dan menggunakan internet untuk membuat gmail serta canva.com. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas erezeki yang di anjurkan oleh PI Telok Panglima Garang. Melalui kelas erezeki, beliau mempelajari benda baru mengenai e-dagang dan e-kerajaan.