Nama : Encik Kanakan
Umur : 68 tahun
Ahli : 2017

 

 

Latar belakang

 

Encik Kanakan seorang pemandu lori dan mempunyai 5 orang anak. Beliau hadir dan mempelajari kelas asas komputer atas sebab ingin menjadi seorang bapa yang celik IT dan dapat membantu anak-anaknya dalam membuat tugasan kerja kursus dan pembelajaran yang memerlukan pelajar menggunakan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Encik Kanakan tiada asas dan tidak tahu langsung berkenaan penggunaan komputer. Dimana Encik Kanakan tidak mengetahui asas dan cara menggunakan komputer serta mencari maklumat, melayari internet dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kini, Encik Kanakan sedikit mahir dalam menggunakan komputer dengan mula mempelajari asas komputer kemudian beralih ke internet sehingga boleh mencari maklumat di internet, memperbaiki cara menaip dan menggunakan tetikus, belajar melalui web e-pembelajaran berasaskan pendidikan dan mengetahui lebih mendalam mengenai perisian komputer dan aplikasinya seperti Microsoft Office ( Word, Powerpoint, Excel dan Publisher).

1   2