USAHAWAN KECIL PERKHIDMATAN SALON RAMBUT, PENJAGAAN KECANTIKAN DAN SPA MUSLIMAH

Nama : Puan Asrina Binti Jamiran
Umur : 41 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Puan Asrina merupakan graduan dalam bidang IT Programming dan kini menjadi usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang salon rambut, penjagaan kecantikan dan spa untuk muslimah. Kini, beliau telah meluaskan perniagaannya dengan membuka salon rambut, penjagaan kecantikan dan spa muslimah sendiri di kawasan perumahannya berbanding dahulu berkongsi tempat dan menyewa di lot kedai. Beliau juga menyediakan perkhidmatan mengajar sekiranya terdapat permintaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI,, Puan Asrina tidak tahu bagaimana untuk merujuk lebih lanjut berkaitan bidang ini dan lebih mempromosikan perkhidmatan salon rambut, penjagaan kecantikan dan spa tersebut diantara kenalan terdekat dan kawasan sekitar. Selain itu, beliau tidak menggunakan medium media sosial dalam membuat flyers dan poster yang menarik untuk promosi dan iklan. Secara tidak langsung, jualan produk dan perkhidmatan yang dijalankan agak perlahan di mana mempunyai saingan daripada yang lebih mahir dalam bidang salon rambut dan spa. Pendapatan Puan Asrina pula bergantung kepada promosi dan tempahan kawasan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan aktiviti di PI, Puan Asrina mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Asrina juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan Asrina dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik serta dapat mengetahui medium berkaitan bidang perniagaan yang diceburi. Puan Asrina kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar kerana promosi melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan Asrina akan menerima tempahan perkhidmatan mengajar dan perkhidmatan spa serta rawatan kecantikan pada setiap bulan.