USAHAWAN KECIL MENJUAL NASI ARAB LUQMAN

Nama : Puan Syaza Syazwana Bte Nyaspan
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

Latar belakang

Puan Syaza merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang makanan dan minuman berasaskan negara arab (timur tengah) iaitu nasi arab. Permulaan beliau menceburkan diri dengan menjual dan mempromosikan makanan nasi arab ke kenalan terdekat dan ahli keluarga. Kini beliau mempunyai kedai dan perniagaan sendiri yang diberi nama Nasi Arab Luqman di pekan Banting.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan PI, sasaran pelanggan dan cara pemasaran yang dijalankan Puan Syaza ketika itu tidak begitu memberangsangkan dimana Puan Syaza tidak membuat kaji selidik tentang kadar hidangan makanan nasi arab berbeza di antara negara timur tengah dan asia. Selain itu, cara promosi dan hebahan menggunakan medium secara atas talian tidak menarik dari segi penulisan ayat, pengambilan gambar produk, pilihan menu yang sedikit ketika baru-baru menjalankan perniagaannya. Secara tidak langsung, jualan produk makanan dan perkhidmatan yang dijalankan agak perlahan. Pendapatan Puan Syaza pula bergantung kepada promosi dan tempahan kawasan sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan aktiviti di PI, Puan Syaza mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan Syaza juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan Syaza dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan Syaza kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar kerana promosi melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan Syaza akan menerima tempahan makanan dan tempat di kedainya serta perkhidmatan penghantaran makanan nasi arab melalui ejen juga semakin mendapat sambutan pada setiap bulan.