CELIK IT
Nama | :Juliana Tanjong |
Umur | :32 tahun |
Ahli | :23/09/2018 |
Latar belakang
Juliana Tanjong seorang surirumahtangga yang ingin mempelajari dan meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan komputer dan ICT. Beliau telah mengikuti kelas asas Microsoft office (word, powerpoint dan excel) dan kelas asas media baru serta pembelajaran melalui online di Pusat Internet Telok Panglima Garang sejak dari bulan Oktober 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pada permulaan pembelajaran, beliau tidak mahir menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan betul. Selain itu, beliau juga tidak mahir dalam asas media baru serta penggunaan pencarian di internet seperti gmail dan pengisian laman web. Beliau hanya tahu meggunakan telefon pintar sahaja, akan tetapi di rumah terdapat komputer untuk anak-anak membuat kerja khusus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kini, Juliana mahir dalam menggunakan fungsi dan kegunaan Microsoft office dengan mula mempelajari membuat surat rasmi, karangan ringkas, biodata di Microsoft word, membuat slide pembentangan sesuatu topik di Microsoft powerpoint dan membuat graf serta borang di Microsoft excel. Kemudian beralih kepada cara penggunaan di laman web untuk membuka akaun Gmail, memperbaiki cara menaip dengan aplikasi rapid typing dan menggunakan internet untuk mencari maklumat. Selain itu, beliau juga telah mengikuti kelas erezeki yang di anjurkan oleh PI Telok Panglima Garang. Melalui kelas erezeki, beliau mempelajari benda baru mengenai e-dagang dan e-kerajaan.