USAHAWAN MAKANAN
Nama | :Asfaliza Rojikin |
Umur | :47 tahun |
Ahli | :11/11/2017 |
Latar belakang
Puan As merupakan usahawan wanita yang menceburkan diri dalam bidang makanan iaitu pencuci mulut seperti kek dan roti. Permulaan beliau menceburkan diri dalam perniagaan ini setelah berhenti kerja sebagai pegawai hartanah pada tahun 2005. Selepas itu, beliau menghadiri kelas masakan dan pengubahan kek dan setelah beliau mahir dengan bidang tersebut, beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan di sekitar kawasan perumahan beliau. Dari masa ke semasa beliau menghadiri kelas masakan dan pembuatan roti untuk meningkatkan kemahiran dan dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dengan Pusat inetrnet,sasaran pelanggan Puan As hanya disekitar Jenjarom sahaja. Beliau tidak menjalankan promosi di atas talian, malah tidak pernah memuatnaik di media social. Beliau juga meletakkan produknya di kedai kek yang berhampiran di rumahnya sahaja. Walaupun beliau mula menerima pelbagai tempahan seperti menyediakan kek untuk cenderahati kenduri tetapi ianya hanya bermusim dan pendapatan tidak tetap kerana kurangnya promosi ke luar kawasan. Gambar produk dan maklumbalas pelanggan juga tidak dimuatnaik dan dikongsi kepada orang ramai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet Puan As mempelajari pelbagai teknik atas talian seperti promosi di facebook, blog dan instagram. Puan As juga sering hadir ke kelas asas usahawan online yang dijalankan daripada pengajar luar seperti usahawan MDEC dan petugas. Melalui kelas eusahawan dan keusahawanan yang dihadiri, Puan As dapat mengenalpasti masalah perniagaan yang dihadapi dan cara-cara untuk perbaiki mutu perniagaan yang sedia ada kearah lebih baik. Puan As kini mempunyai skop pelanggan yang lebih besar dan pelbagai jenis umur kerana beliau mempromosi kan melalui atas talian yang menarik dan dapat dicapai oleh pelbagai pihak. Kini hampir setiap hari Puan As akan menerima tempahan makanan serta perkhidmatan penghantaran kek dan roti melalui ejen juga semakin mendapat sambutan pada setiap bulan.