Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1)
lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes (1.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
• Kes kematian ke-121 (kes ke-7468) merupakan lelaki warganegara India (orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil. Beliau berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah
tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.
Beliau telah didapati tidak sedarkan diri di DTI Bukit Jalil dan telah
segera dibawa ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Jun 2020. Saringan ujian COVID-19 didapati positif dan keputusan penuh
bedah siasat masih dalam proses.
Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 14 Jun
Kes baharu = 8
a) melibatkan kes import= 2
b) melibatkan kes penularan tempatan= 6
i) kes warganegara= 2
ii) kes bukan warganegara= 4
Terkini #covid19malaysia STATUS COVID-19, 13 Jun
Kes baharu = 43
a) melibatkan kes import= 5
b) melibatkan kes penularan tempatan= 38
i) kes warganegara= 15
ii) kes bukan warganegara=23
Terkini #covid19malaysia, 14 Jun
Kes sembuh = 35
Jumlah kes sembuh = 7,346
Kes baharu positif = 8
(Import = 2
Kes penularan tempatan = 6)
Jumlah positif = 8,453
Kes kematian = 1
Jumlah Kes kematian = 121
kes dirawat di ICU = 4
#KawalanKendiri
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
• Kes kematian ke-120 (kes ke-8403) merupakan perempuan
warganegara Malaysia berumur 96 tahun. Beliau telah
meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan
jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan.