Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.
Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah
(namun telah bercuti sakit disebabkan barah).
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.
#kitamestimenang
#kitapatuhkitamenang
Terkini #covid19malaysia, STATUS COVID-19 16 Mei 2020
Sebanyak 17 kes baharu telah dilaporkan, di mana 5 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 6 kes import telah dilaporkan.
#kitamestimenang
#kitapatuhkitamenang
Kes kematian ke-112 (kes ke-6780) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun.
Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2020 jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
#kitamestimenang
#kitapatuhkitamenang
Terkini #covid19malaysia,
STATUS COVID-19 MALAYSIA 15 Mei 2020
Sebanyak 36 kes baharu telah dilaporkan, di mana 28 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Daripada jumlah kes hari ini, hanya 1 kes import telah dilaporkan.
STATUS COVID-19 MALAYSIA 14 Mei
Sebanyak 40 kes baharu telah dilaporkan, dan 31 daripada jumlah tersebut adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import dilaporkan pada hari ini.
#KawalanKendiri
#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang
#StayAtHome