Pecahan Kes Baharu Covid19 25 Jun 2020

𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐜𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎

KES BAHARU = 4
a) melibatkan kes import = 3
i) warganegara= 3
ii) bukan warganegara= 0
𝐛) 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧= 𝟏
𝐢) 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟏
𝐢𝐢) 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟎

PERINCIAN KES IMPORT (3 KES)

a) 1 kes balik dari Singapura, 1 kes balik dari United Kingdom dan 1 kes balik dari Mesir.

PERINCIAN KES TEMPATAN (1 KES)

b) 1 kes saringan SARI di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang adalah kes ke 8600 iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam. Kes mengalami gejala sesak nafas dan sakit badan pada 20 Jun 2020 dan di bawa ke Unit Kecemasan HEBHK atas rujukan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.

Kes telah dimasukkan ke ICU dengan diagnosa demam denggi pada 21 Jun 2020 dan dikesan positif RT-PCR oleh IMR pada 23 Jun 2020 – WN Malaysia.

Tiada kes melibatkan bukan warganegara pada hari ini.