Info Kesihatan Waspada Pembelian Ubat Atas Talian

Berhati-hati jika membeli produk ubat-ubatan atau makanan kesihatan dalam talian. Semak dan periksa status penjual dan produk yang dijual sebelum membuat apa-apa pembelian. Pastikan produk ubat-ubatan yang dijual telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai tuntutan perubatan seolah-olah ianya ubat. Produk yang tidak dapat disahkan statusnya adalah diragui dari segi mutu, keselamatan dan keberkesanannya.

Pembelian ubat-ubatan dalam talian secara sewenang-wenangnya boleh membahayakan kesihatan diri dan keluarga anda.

Rujuk dan laporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sekiranya anda meragui status sesuatu laman web atau produk yang ditawarkan.