Kes Kematian Baharu Covid 19 Di Malaysia 13 Jun 2020

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

• Kes kematian ke-120 (kes ke-8403) merupakan perempuan
warganegara Malaysia berumur 96 tahun. Beliau telah
meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan
jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan.