Terkini #covid19malaysia, 12 Jun
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 119 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
• Kes kematian ke-119 (kes ke-8370) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Keningau, Sabah.