Info Kesihatang Microsleep

PLUS Malaysia Berhad menjangkakan jumlah aliran trafik akan melonjak sehingga 1.84 juta kenderaan setiap hari bermula hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).

Aliran trafik di semua lebuh raya kendalian PLUS dijangka melonjak hingga 15% pada esok hari(Jumaat) sehingga Ahad ini.
Jangkaan lonjakan trafik itu adalah berikutan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing susulan perjalanan merentas negeri di benarkan sepanjang PKPP.

Rancang lebih awal perjalanan anda. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.